ABDUL HAKIM OTHMAN
LL.B (Hons), LL.M (Malaya)
(Presiden Hizbut Tahrir Malaysia - HTM)
“KRISIS KENAIKAN HARGA MINYAK : PENYELESAIAN DARI ISLAM”
Dewan Puri Pujangga, UKM
29 Jun 2008
SISTEM EKONOMI DI DUNIA
• Kapitalis – Mementingkan kepemilikan individu
• Sosialis – Harta milik negara
• Islam – Asas: harta adalah milik Allah. Manusia hanya berhak kepada harta setelah mendapat keizinan “pemilikan” dari Al-Khaliq.
KAEDAH UMUM EKONOMI DALAM ISLAM
• Al-qawaid al-'ammah al-iqtisadi al-Islamiyyah (Kaidah-kaidah umum ekonomi Islam) meliputi tiga aspek utama:
(1) Al-milkiyyah (hukum-hukum kepemilikan);
(2) Kaifiyyah al-tasarruf fi al-mal (mekanisma pengelolaan harta/kekayaan); dan
(3) Al-tawzi' al-tharwah baina al-nas (distribusi kekayaan di antara manusia).
HUKUM PEMILIKAN (OWNERSHIP) DALAM ISLAM
• Asas kepemilikan – harta adalah milik Allah
• Manusia hanya boleh memiliki harta dengan keizinan dari Al-Khaliq
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا يخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير
“..dan kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” [TMQ al-Ma’idah (5):17]
HUKUM PEMILIKAN (OWNERSHIP) DALAM ISLAM…
وَءَاتُوهُمْ مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِى ءَاتَـكُمْ
“…dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakanNya kepadamu” [TMQ an-Nur (24):33]
ءَامِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ
“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya...” [TMQ al-Hadid (57):7]
HUKUM PEMILIKAN (OWNERSHIP) DALAM ISLAM…
• Tiga kategori pemilikan
(1) Pemilikan individu (milkiyyah al-fardiah / private ownership)
(2) Pemilikan umum (milkiyyah al-ammah / public ownership)
(3) Pemilikan negara (milkiyyah al-daulah /
state ownership)
JENIS-JENIS
MILKIYYAH AL-AMMAH
Tiga kategori pemilikan umum:-
(1) Kepemilikan awam (public properties/utilities), yang mana masyarakat adalah bergantung kepadanya di dalam kehidupan;
الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْكَلإَِ وَالْمَاءِ وَالنَّارِ
“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara, padang rumput, air dan api” [HR Abu Daud dan Ahmad]
اَلنَّاسُ شُرَكَاءُ فِي الثّلاَثِ: فِي الْمَاءِ وَ الْكَلاَءِ وَ النّارِ
“Manusia bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara, padang rumput, air dan api” [HR Abu Daud dan Ahmad]
(2) Aset atau sumber alam yang sifat (semula jadi) kejadiannya tidak membolehkan ia dimiliki oleh individu secara perseorangan (contohnya sungai, tasik, laut, terusan, jalan raya, tempat letak kereta awam, masjid, musolla, Mina, Arafah, Muzdalifah dan seumpamanya);
مِنًى مُنَاخُ مَنْ سَبَقَ
“Mina adalah tempat mukim siapa saja yang lebih dahulu (sampai kepadanya)”
[HR al-Tirmizi, ibn Majah dan al-Hakim]
(3) Bahan galian atau mineral yang banyak atau tidak terbatas / tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan seumpamanya)
أَنَّهُ وَفَدَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَقْطَعَهُ المِْلْحَ فَقَطَعَهُ فَلَمَّا وَلَّى قَاَل رَجُلٌ أَتَدْرِيْ مَا أَقْطَعْتَهُ لَهُ؟ إِنَّمَا أَقْطَعْتَ لَهُ الْمَاءَ الْعِدَّ. قَالَ: فَرَجَعَهُ مِنْهُ
Ia (Abyadh bin Hamal) datang kepada Rasulullah saw. meminta untuk mengelola (galian) garam. Rasul lalu memberikannya. Setelah ia pergi ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasul, “Wahai Rasulullah, tahukah apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikannya sesuatu yang bagaikan air mengalir.” Lalu ia berkata: Kemudian Rasulullah saw. pun menarik kembali galian itu darinya.” [HR Abu Dawud].
JENIS-JENIS
MILKIYYAH AL-AMMAH…
• Ukurannya di sini ialah sifatnya seperti “ma’ul idd” (air yang mengalir), maksudnya tidak terbatas.
• Bahan galian yang tidak terbatas adalah milik rakyat, tidak kira sama ada ia berada di atas bumi atau di dalam bumi, sama ada dalam bentuk padat/pepejal atau cecair
• Kesimpulannya, berdasarkan nas syarak yang jelas, minyak adalah milik rakyat
• Kesimpulan: Minyak adalah hak rakyat dan WAJIB dikembalikan kepada rakyat
• Kesemua harta dijaga oleh Negara di Baitul Mal
CARA NEGARA MENGELOLA MILKIYYAH AL-AMMAH
• Tugas negara adalah sebagai penjaga dan pengelola hak milik awam, bukan pemilik.
• Haram bagi Negara memberi konsesi, sama ada kepada syarikat tempatan atau asing.
• Haram bagi negara memiliknegarakan hakmilik awam.
• Haram bagi Negara mengambil keuntungan (Negara bukan peniaga, tapi penjaga)
CARA NEGARA MENGELOLA MILKIYYAH AL-AMMAH …
• Terdapat 3 cara pengelolaan:-
(1) Negara melakukan cari gali (dan semua proses yang berkaitan) dengan menggunakan jentera, mesin dan peralatan milik negara;
(2) Negara melakukan proses carigali dengan jentera dan peralatan milik awam;
(3) Negara melakukan proses carigali dengan menyewa jentera milik syarikat (tempatan atau asing) atau milik mana-mana individu.
• Pokoknya, harta tersebut tetap milik awam (bukan milik Negara) dan wajib dikembalikan hasilnya kepada rakyat (sebagai pemilik).
CARA MEMANFAATKAN MILKIYYAH AL-AMMAH
• Setiap orang (warganegara) mempunyai hak ke atas milkiyyah al-ammah baik lelaki, perempuan, orang tua, muda, kanak-kanak, Muslim, non-Muslim dsb.
• Bagi kategori pertama dan kedua – setiap orang berhak menikmatinya secara langsung.
• Bagi kategori ketiga, oleh kerana kesukaran untuk mendapatkannya, maka Negaralah yang mengelolanya dan mengagihkannya kepada rakyat.
• Oleh itu, ia bergantung kepada kebijaksanaan Khalifah (ketua negara) dalam mengelolanya, tanpa menghilangkan sifat ‘kepemilikan umum’nya dan tanpa melanggar batas-batas syarak.
CARA MEMANFAATKAN MILKIYYAH AL-AMMAH…
PERTAMA:
Khalifah mesti membelanjakan hasilnya
ke atas apa sahaja yang terkait dengan harta awam:-
(i) Jabatan Harta Awam, bangunan, pejabat, rekod, R&D, pekerja dsb.
(ii) Pakar, penasihat, technicians, pekerja yang digaji untuk usaha mengkaji dan carigali minyak, gas, bahan galian, pekerja memproses, baikpulih dsb.
(iii) Pembelian mesin, kilang, kenderaan pengangkutan dan segala jenis peralatan yang berkaitan, sehingga harta awam tersebut dapat dinikmati oleh rakyat.
(iv) Jentera atau mesin-mesin gerudi minyak, air, gas, emas, bijih dsb, alat pengepam, saluran paip, wayar dsb;
(v) Generator elektrik, pencawang, tiang, wayar dsb
(vi) Jalanraya, jalan keretapi, papantanda dsb
CARA MEMANFAATKAN MILKIYYAH AL-AMMAH…
KEDUA:
Khalifah membahagikan hasilnya
kepada setiap ‘pemilik’ harta awam ini (rakyat)
dengan cara yang difikirkannya sesuai seperti:-
(i) Memberikannya secara percuma untuk digunakan sesuai keperluannya;
(ii) Menjualnya pada harga kos, kemudian membahagikan semula keuntungannya kepada setiap pemilik;
CARA MEMANFAATKAN MILKIYYAH AL-AMMAH…
KETIGA: Negara dibenarkan (oleh syarak) untuk menjadikan
harta awam sebagai “hima” (protection) untuk menampung
perbelanjaan negara (jika perlu), dalilnya,
(i) Rasulullah menentukan tempat tertentu sebagai hima. Dari Ibn Abbas dari Sa’ab b. Juthama, Rasulullah bersabda,
لا حِمَى إِلا لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ
“Tiada Hima melainkan untuk Allah dan Rasul-Nya”
(ii) Dari Nafi’ dari Ibnu Umar, “Nabi saw menentukan/melindungi (hima) an-Naqi’ (satu tempat yang terkenal di Madinah) untuk kuda-kuda kaum Muslimin”
(iii) Abu Bakar melindungi (hima) al-Rabatha untuk kuda-kuda sedekah dan melantik Abu Salama untuk menjaganya
(iv) Umar melindungi (hima) al-Sharaf di al-Rabatha dan melantik seorang yang dikenali sebagai Hani sebagai penjaganya.
APA KATA CEO PETRONAS?
• Mingguan: Petronas sekali lagi mengumumkan hasil kewangan yang tertinggi dalam sejarahnya, jadi banyaklah duit yang ada.
• Mohd. Hassan: Keuntungan itu juga kita terus pulangkan kepada kerajaan. Pada tahun ini, kita memberi balik sebanyak RM58.1 bilion atau 77 peratus kepada kerajaan bagi digunakan untuk tujuan pembangunan dan melaksanakan agendanya yang memberi faedah kepada rakyat. Tetapi, sejauh mana ia digunakan secara cekap, ia adalah satu soalan lain.
• Mingguan: Bolehkah Tan Sri jelaskan lagi?
• Mohd. Hassan: Tanggungjawab Petronas adalah mengembalikan (keuntungan) kepada kerajaan untuk melakukan apa yang perlu dibuat supaya kesannya dirasai oleh rakyat. Tahun lepas, terdapat pihak mempersoalkan kenapa keuntungan itu tidak diberikan terus kepada rakyat RM1,000 seorang dan berdasarkan pencapaian yang baru diumumkan, kita patut bagi RM3,000 seorang. Persoalan itu menjadi satu isu, sama ada duit digunakan sebaiknya atau dibazirkan, contohnya dalam pemberian subsidi ketika sumber minyak dan gas yang dinikmati semakin berkurangan. [Mingguan Malaysia 01/07/07].
APA KATA CEO PETRONAS?...
Tuan-tuan!
• Jangan hanya fikir Petronas…
• Jangan hanya fikir minyak…
• Jangan hanya fikir Malaysia…
• Fikirkan…bagaimana kalau umat Islam di perintah oleh seorang Khalifah yang menerapkan hukum Allah dan Rasul
• Fikirkan…bagaimana kalau umat Islam bernaung di bawah satu Daulah Al-Khilafah
HUBUNGAN ANTARA PEMERINTAH DAN RAKYAT
• Dalam sistem sekular-Kapitalis, hubungan yang wujud adalah antara:-
(i) Penindas - orang yang ditindas
(ii) Perompak – orang yang dirompak
(iii) Peniaga – pembeli, dsb
• Dalam Islam, hubungan yang wujud adalah antara:-
(i) Pemelihara/penjaga – orang yang dipelihara/jaga
اْلإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه
Imam (ketua negara) adalah pemelihara dan dia akan diminta pertanggungjawaban atas pemeliharaan (rakyat)nya”
[HR al-Bukhari].
BEBERAPA PERSOALAN
• Kenaikan di luar kawalan kerajaan!
• Berbanding negara lain, kita masih murah!
• Jika minyak wajib diberi percuma, dari manakah kerajaan nak dapatkan pendapatan negara? Kerajaan akan mengalami defisit?
• Jika minyak diberi percuma, bankraplah kerajaan?
• Jika minyak diberi percuma, mana kerajaan nak cari duit utk meneruskan pembangunan negara?
• Jika minyak adalah percuma, orang akan cenderung melakukan pembaziran?
• Bagaimana cara nak beri minyak percuma kepada setiap orang?
PENDAPATAN NEGARA,
DARI MANA?
Beberapa harta yang termasuk dalam kategori milik negara
(State ownership) di mana Khalifah/negara berhak mengelolanya
berdasarkan ijtihadnya adalah:-
• Harta ghanimah, anfal (harta yang diperoleh dari rampasan perang dengan orang kafir), fai' (harta yang diperoleh dari musuh tanpa peperangan) dan khumus;
• Harta yang berasal dari kharaj (hak kaum Muslimin atas tanah yang diperoleh dari orang kafir, baik melalui peperangan atau tidak)
• Harta yang berasal dari jizyah (hak yang diberikan Allah kepada kaum Muslim dari orang kafir sebagai tunduknya mereka kepada Islam)
• Harta yang berasal dari dharibah
• Harta yang berasal dari ushur (cukai import/eksport yang dikenakan ke atas pedagang dari Darul kufur apabila negara mereka mengenakan cukai yang sama)
• Harta yang tidak ada ahli warisnya atau kelebihan harta dari sisa waris (amwal al-fadl)
• Harta yang ditinggalkan oleh orang-orang murtad
• Harta yang diperoleh secara tidak sah para penguasa, pegawai negara, harta yang didapati dari jalan yang tidak syar‘i
• Harta lain milik negara, contohnya: padang pasir, gunung, pantai, laut dan tanah mati yang tidak ada pemiliknya.
• Harta zakat yang boleh digunakan untuk “fi sabilillah”
MACAMANA NEGARA TAK BANKRAP?
• Sila lihat satu pendedahan yang disiarkan di dalam beberapa blog dan difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang dikenali sebagai pegawai kerajaan di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online tahun lalu
• Menurutnya, rekod tersebut adalah berdasarkan kepada pendapatan bulanan menteri kabinet pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.
• Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:
1. Gaji Pokok RM18,000.00
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
• Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja.
• RM55,650.00 x 113 = RM6,288,450.00 sebulan
Lain-lain kemudahan
• Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara - semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
• Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
• Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
• Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
• Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
• Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit, seorang pemandu, minyak percuma.
• Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian, atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
• Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
• Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
• Pendapatan-pendapatan lain:-
(1) Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
(2) Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
(3) Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
(4) Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
(5) Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
(6) Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
(7) Lain-lain sumber
• Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-
1. Gaji Pokok RM15,000
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun parking RM 5,700.00
• Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
• RM50,650.00 x 113 = RM5,723,450.00 sebulan
PENUTUP
• Penyelesaian kepada kenaikan harga minyak – bukan dengan penurunan harga minyak, TETAPI dengan diterapkan HUKUM ISLAM
• Hukum Islam mesti diterap secara menyeluruh, bukan sebahagian, apatah lagi diganti dengan hukum sekular
• Secara menyeluruh – bukan sekadar dalam bidang ekonomi!