Kenaikan Harga Minyak – Penyelesaian dari Islam
Infestasi virus kapitalisme
• Sejak cengkaman penjajah ke atas dunia Islam, negara-negara Islam hidup di bawah dominasi kapitalisme
• Dunia hari berada di bawah hegemoni kapitalisme – dipaksa menerima pakej yang datang bersamanya – krisis yang berterusan, jurang miskin-kaya yang membesar, inflasi, ketidakstabilan, dominasi yang kuat ke atas yang lemah dsb.
• Terbaru – krisis kenaikan harga minyak dan krisi makanan.
• Begitu ketara sehingga Kongress AS menyoalsiasat syarikat-syarikat minyak As kerana keuntungan yang sangat besar yang mereka perolehi pada saat AS sendiri mengalami krisis yang meruncing!
•
Kerana kenaikan ini, pelbagai masalah muncul di seluruh dunia, termasuk di Malaysia – dan yang menjadi mangsa adalah rakyat. Hak rakyat dirompak dan kehidupan menjadi semakin sukar, terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan rakyat miskin.
Apakah sebab sebenar kenaikan harga minyak yang melampau ini? Benarkah kenaikan ini sesuatu yang tabi’i dan tidak dapat dielakkan? Atau apakah ia merupakan akibat dari virus kapitalisme?
Minyak di bawah sistem kapitalis yang rosak
• Di bawah kapitalisme, minyak boleh dimiliki oleh sesiapapun.
• Kuasa-kuasa ekonomi berebut-rebut mendapatkan sumber minyak yang terhad ini
• Ia kini merupakan komoditi sumber tenaga utama dunia yang paling aktif diniagakan
• Naik turun harga minyak sangat bergantung kepada keadaan pasaran minyak dunia
• Dipengaruhi oleh pelbagai sebab..
Krisis dolar dan harga minyak
• Krisis harga minyak yang dihadapi dunia sekarang ini pada hakikatnya bermula di AS.
• Sistem kapitalis memangkin sendiri (self catalyze) krisis ini sehingga merangkumi seluruh dunia.
• Untuk mencari penyelesaian, amat perlu bagi kita memahami punca krisis yang sedang merancak ini.
Krisis Dolar AS
• Terdapat dua aspek – aspek ekonomi dan aspek politik. Aspek ekonomi:
1. Defisit perdagangan – AS mengimport lebih dari mengeksport. Pada 2003, AS mengimport barangan dan perkhidmatan sebanyak AS$ 1,625 bilion dan mengeksport hanya AS$ 1,203 bilion; defisit AS$449 bilion dan pada 2007 meningkat ke AS$708.5 billion! Ini diimbangi dengan mencetak dolar dan mengeluarkan bon. Keyakinan para pelabur kepada ekonomi AS jatuh – nilai dolar jatuh.
Sumber: U.S. Bureau of Economic Analysis, "U.S. International Trade in Goods and Services,Exhibit 1", March 11, 2008
2. Masalah Hutang – Statistik perbendaharaan AS menunjukkan peningkatan dalam hutang kerajaan AS dari AS$ 4.3 trilion pada tahun 1990 kepada AS$ 8.4 trilion in 2003, dan AS$ 8.9 trilion in 2007!!! Ini adalah 64% dari KDNK AS!
Hutang individu di AS pula mencapai AS$ 6.60 trilion, manakala hutang korporat mencapai AS$ 18.40 trilion. Jumlahnya sebanyak AS$ 34 trillion adakalh 3 kali KDNK. Ini sahaja sudah menunjukkan bahawa AS sudahpun berada dalam krisis ekonomi yang cukup dalam!!
3. Peningkatan Euro berbanding dolar.
Euro menjadi alternatif bagi matawang rizab global. Saingan bagi dolar – menyebabkan penurunan nilai USD. Akibatnya kebanyakan bank utama negara-negara dunia mula melepaskan rizab USD mereka – secara purata rizab USD berkurangan dari 73% ke 64%.
• Aspek politik - dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini kerajaan AS melakukan pelbagai tindakan politik yang menyebabkan krisis ini menjadi global
4. AS tidak langsung mengambil apa-apa tindakan untuk mengurangkan defisit perdagangan dan hutang negara. Inflasi akibat kejatuhan nilai dolar mengakibatkan kos produksi di dalam AS meningkat dengan mendadak – namun AS tidak membantu langsung dalam mengurangkan kos. Sebagai contoh rizab minyak AS (700 juta tong) tidak dibuka untuk membantu pengurangan kos pengeluaran.
http://www.cbsnews.com/stories/2008/05/22/national/main4120735.shtml
Begitu juga dengan hutang, AS malah memberi menyerang Afghanistan dan Iraq dan memakan kos melebihi USD2 trilion! Pinjaman kepada para kapitalis kaya dalam bentuk subsidi cukai berjumlah trilion dolar masih terus dikeluarkan.
Dalam situasi seperti ini….
• Tiba pula krisis ‘sub-prime’… runtuhnya nilai saham firma ‘real estates’ di AS – ini membolehkan krisis lokal AS menebarkan sayapnya ke seluruh dunia dan menyebabkan rentetan pelbagai masalah lain!!
• Bagaimana ini boleh berlaku?
Krisis ‘subprime’ di AS
• Pasaran ‘subprime’ – meliputi peminjam yang tidak memenuhi kriteria untuk layak mendapatkan pinjaman perumahan.
• Para peminjam melihat peluang untuk mendapat keuntungan dari pasaran ini.
• Mula mengeluarkan pinjaman mudah (soft loans) dengan kadar faedah yang tinggi kerana risiko yang tinggi.
• Peminjam akan ‘refinance’ pinjaman dan mendapat keuntungan
• Mekanisme dicipta untuk mendapat keuntungan yang lebih dalam pasaran yang sudahpun berisiko tinggi - securatization
Krisis ‘subprime’
• Mekanisme ini menyebabkan peningkatan bilangan institusi kewangan yang terlibat dengan pasaran pinjaman perumahan (Mortgage Backed Securities (MBS) dan Collateralized Debt Obligation(CDO))
• Apabila nilai pasaran perumahan AS jatuh, akibat dari default atas bayaran balik pinjaman yang terlalu besar institusi kewangan yang memiliki MBS dan CDO mengalami kerugian yang sangat teruk
• Bank-bank terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang cukup besar bagi mengelakkan krisis. Akhirnya para pelabur mengalihkan pandangan kepada pasaran lain untuk melabur – komoditi seperti makanan dan minyak!!
• Bertambah buruk dengan krisis dolar akibat lemahnya ekonomi AS.
Minyak dan sebab-sebab peningkatan harganya
• Para penganalisis memberikan banyak sebab naiknya harga minyak secara mendadak.
• Kita cuba perhatikan satu per satu sebab-sebab ini serta bagaimana, pada hakikatnya ia boleh, jika boleh, ia dapat dielakkan secara rasional
• Perlu dibezakan – kenaikan kerana sebab-sebab ekonomi sebenar (fundamentals) atau bukan ‘fundamentals’
• Isu-isu geopolitik memainkan peranan – samada mempengaruhi ‘fundamentals’ mahupun spekulasi.
• Pasaran hadapan (futures market) banyak melibatkan sentimen dan spekulasi.
Fundamentals -Tawaran dan Permintaan
• Dua alasan yang biasa diberikan:
1) Dikatakan bahawa negara membangun dahagakan minyak – terutama China dan India.
2) Bekalan minyak dunia semakin berkurangan – isu ‘peak oil’
1) Hakikatnya, permintaan dari China dan India telahpun wujud sejak 2000, namun kenaikan harga begitu mendadak ini berlaku hanya dalam 2008. Ia tidak dapat menjelaskan kenaikan ini.
• Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri mengatakan OPEC mengeluarkan 32.2 juta tong sehari (bpd), lebih dari anggaran permintaan 2008
• Badri juga mengatakan bahawa konsumsi 87 juta bpd adalah lebih kecil dari nilai perniagaan pasaran kewangan yang berkaitan dengan minyak.
• G8 memberi tekanan kepada OPEC agar menambah pengeluaran - OPEC pada mulanya enggan menambah pengeluaran tetapi akhirnya akur dengan tekanan – mereka akan menambah 200,000 tong sehari
• Harga tetap melonjak hingga USD140! Masalah fundamental?
Tawaran dan Permintaan
• Barat melahap 50% minyak dunia tetapi mengeluarkan kurang dari seperempat
• AS melahap 25% dari minyak dunia tetapi mengeluarkan hanya 8% sahaja.
• Memang China dan India meningkatkan permintaan (2004 – 900,000 juta bpd, 2007 – 1.2 juta bpd tetapi pertumbuhan keperluan jatuh dari 3.6 juta bpd ke 0.7 juta bpd, ie. kadar keperluan menurun tetapi harga melonjak tinggi!!)
• Namun penggunaan berlebihan dunia Barat secara amnya dan AS secara khususnyalah yang melahirkan krisis ini!
• Terdapat juga persepsi bahawa terdapat kekurangan dalam tawaran (shortage psychology)
• ‘Investors are viewing future oil supplies through the prism of expected high-demand growth in China and India, which "tends to be the end of all discussions”’ (Daniel Yergin – ahli Senat dalam Joint Economic Committee, Washington )
2) Begitu juga dengan gambaran ‘Peak Oil’. Banyak perdebatan mengenainya.
• Minyak memang terhad – namun hakikatnya, kadar penemuan minyak dunia terus bertambah! Data USGS menunjukkan jumlah rizab minyak yang cukup besar
• Peningkatan teknologi membolehkan eksplorasi dan pengeluaran dijalankan dengan lebih efisien
• Perdebatan masih berterusan – hakikat – isu telah lama dibincangkan – tidak mungkin menjadi penyebab utama lonjakan harga minyak kini!
• Fundamentals bukan masalah sebenar!
Geopolitik
• Ada 4 isu geopolitik yang menaikkan harga minyak – isu-isu ini mungkin mempengaruhi ‘fundamentals’ dan mungkin juga menjadi asas spekulasi (sentimen).
1) Cabaran dari timur – AS terpaksa menghadapi ancaman perkembangan ekonomi dan penguasaan sumber dari China dan India. Saingan antara negara-negara Timur dan Barat. Ini melembabkan ekonomi AS dan kesan pelembapan ini akan menjalar ke seluruh negara Barat dan mungkin mempengaruhi dunia.
2) Cabaran dari Rusia – pengeluar gas dan minyak. Hubungan Rusia – EU kini didominasi oleh Rusia. Rusia berjaya merampas negara Asia Tengah dari pengaruh AS (melalui SCO). AS bimbang akan pengaruh Rusia ini, terutama dengan prospek Rusia sebagai salah satu pengeluar utama minyak dunia.
3) Minyak dan ‘petrodollar’ – salah satu kejayaan besar AS adalah menjadikan USD sebagai matawang minyak dunia.
• Ini membolehkan AS mempertahankan dominasi dolar dalam pasaran dan sebagai matawang pilihan rizab
• Para penganalisis juga menyalahkan kejatuhan dolar sebagai punca peningkatan harga minyak – pembeli memerlukan lebih USD kerana nilainya yang lebih rendah
• Krisis ekonomi di AS juga memangkinkan kejatuhan USD.
• USD terus jatuh dan ini sudah tentu akan meningkatkan harga minyak secara berterusan
• Oleh itu, EU mula menyeru penggunaan Euro sebagai matawang minyak. Ini sudah tentu akan menjatuhkan lagi nilai dolar
• Negara-negara dunia akan menjual dolar dari rizab mereka untuk mendapatkan Euro.
• Namun, Euro sendiri adalah matawang ‘Fiat’ – sama seperti dolar, masalah sama mungkin timbul.
• Bagaimana dengan emas?
• Adakah harga minyak akan naik dengan mendadak sekiranya kita menggunakan emas dan bukan USD?
• Lihat kepada data harga minyak, emas dan USD. Transformasi data – dan cara berfikir – satu ‘ounce’ emas menjadi matawang (unit of exchange) bagi membeli USD dan minyak.
• Satu ‘ounce’ emas boleh membeli 0.5 tong minyak berbanding 1991
• Satu ‘ounce’ emas boleh membeli 2.4 kali USD berbanding 1991.
• Hakikatnya emas tidak banyak berubah sejak 1991-yang berubah adalah kuasa membeli USD yang terus jatuh sejak 1991
• Emas jauh lebih stabil berbanding dolar
• Melepaskan diri dari menggunakan USD untuk membeli minyak dan menggunakan emas sebagai matawang dapat menyelesaikan masalah!
• Negara-negara akan menjual USD dan membeli emas. USD semakin jatuh!
• Political Will!!!
4) Kepentingan Timur Tengah – tanggapan 61% rizab terbukti minyak ada di Timur Tengah.
• AS import 3 juta tong sehari dari Timur Tengah
• Bush mengatakan bahawa sandara AS kepada minyak Timur Tengah adalah “foreign tax on the American people”
• Timur Tengah merupakan kawasan yang paling tidak stabil di dunia hari ini
• Amerika akan terus menghalakan polisi luarnya ke Timur Tengah bagi memastikan bekalan minyak tidak terlepas
• AS bimbang Islam berdiri semula – akan terus memegang kawasan ini dna menghalang kebangkitan Islam
• Selama ini masih berlaku, harga minyak akan terus bergantung kepada suasana geopolitik Timur Tengah.
Spekulasi – punca sebenar lonjakan harga minyak!
• Setelah kejatuhan saham akibat krisis ‘subprime’, pelabut mula melepaskan kerakusan mereka dengan melabur di dalam pasaran komoditi secara besar-besaran.
• ‘As much as 60% of today’s crude oil price is pure speculation driven by large trader banks and hedge funds ’ (F. William Engdahl)
• ‘Nymex in New York and the ICE Futures in London today control global benchmark oil prices which in turn set most of the freely traded oil cargo. They do so via oil futures contracts on two grades of crude oil—West Texas Intermediate (WTI) and North Sea Brent.’
• Kebanyakan pengeluar minyak menggunakan Brent sebagai sandara harga minyak yang dikeluarkan.
• Pasaran kontrak hadapan (futures contracts) sangat aktif melahirkan konsep ‘paper oil’ yang menentukan harga minyak dalam pasaran.
• Kawalan harga ‘meninggalkan OPEC untuk ke Wall Street’.
• Laporan pada Jun 2006 dari US Senate Permanent Subcommittee on Investigations of The Role of Market Speculation in rising oil and gas prices, mengatakan, “…there is substantial evidence supporting the conclusion that the large amount of speculation in the current market has significantly increased prices.” . Laporan ini tidak dihiraukan di dalam media dan kongress
• Speculators di AS dibolehkan berniaga dalam Intercontinental Exchange(ICE) Futures UK tanpa berhadapan dengan pelbagai halangan peraturan. Ini menggalakkan lagi aktiviti spekulasi dan menyebabkan kenaikan harga minyak yang melampau.
• Harga pasaran bagi Brent dan WTI pada Januari 2006 menunjukkan korelasi yang cukup kuat antara lonjakan harga minyak dan perniagaan tanpa regulasi (unregulated trade) di ICE.
• Spekulasi minyak bukan berdasarkan fakta tetapi berdasarkan sentimen dan rumor.
• Para spekulator telah meningkatkan pelaburan mereka dalam pasaran hadapan di NYMEX dari 37% (2000) kepada 71%. Pada masa yang sama, kontrak pengguna tradisional minyak jatuh dari 60% ke 30%.
• Berdasarkan hakikat bahawa keseimbangan minyak tidak banyak berubah berbanding harga, dianggarkan 60% dari harga minyak adalah spekulasi semata-mata.
Harga minyak dan kapitalisme
• Spekulasi merupakan sebab utama melonjaknya harga minyak – dan krisis yang dihadapi hari ini.
• Krisis pada tahun 1997/98 melibatkan kejatuhan saham seluruh dunia
• Kedua-dua krisis ini berlaku bukannya akibat ‘fundamentals’ dalam sektor sebenar ekonomi (real sector) tetapi merupakan permainan spekulasi dalam sektor kewangan (financial sector) yang merupakan jantung yang menghidupkan sistem kapitalisme.
• Perlu melepaskan diri dari sistem ekonomi yang tidak berpijak di atas landasan yang kukuh!
• Selain itu, kejatuhan dolar juga merupakan salah satu punca lonjakan harga minyak. Penggunaan matawang yang stabil, seperti emas akan dapat mengawal harga minyak.
Kapitalisme – dalang krisis ekonomi dunia!
• Sistem yang diasaskan kepada wang fiat dan hutang (faedah)
• Sistem yang melahirkan 2 sektor ekonomi – sektor ekonomi sebenar dan sektor kewangan
• Kitaran ‘boom and bust’ dalam kapitalisme – suatu yang sistemik
• Sistem yang menggalakkan penggunan berlebihan dan ketamakan
• …dan banyak lagi kelemahan sistemik yang melahirkan dunia yang berat sebelah dan yang kuat terus menekan yang lemah!
Malaysia….
• Malaysia sebahagian dari sistem kapitalisme…
• Pasti terkena simbahan akibat kelemahan sistemik ideologi yang hina ini..
• Harga minyak melonjak 40%! Rakyat yang merana…
• Banyak perdebatan – apakah wajar kenaikan ini? Apakah wajar menghapuskan terus subsidi? Apakah subsidi harus dikekalkan? Apakah harga minyak seharusnya diturunkan? Apakah yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan dalam menghadapi masalah global ini? Apakah sebenarnya peranan kerajaan dalam hubungannya dengan rakyat? Sebagai pemelihara atau perompak wang rakyat?
• Apakah penyelesaian yang seharusnya kita ambil dalam konteks global dan lokal?