Saya baru pulang dari menghadiri seminar tersebut. Baru sahaja sampai ke rumah. Sedang upload video2 dan gambar2 seminar tadi untuk dimuatkan di website ini. Namun upload video ada masalah sedikit. Akan dicuba lain kali.
Seminar bermula 9 pagi hingga 1.30 ptg. Sekarang 4.10 petang. Sebelum seminar bermula tadi sempat juga berkenalan dengan saudara Omar. Dia sempat menceritakan serba sedikit isi kandungan ceramah dan sedikit berkenaan Hizbut Tahrir.
Selepas seminar, banyak ilmu yang dapat dipelajari. Seminar anjuran IKIN dan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ini mengupas isu berkaitan kenaikan harga minyak dan penyelesaiannya menurut kaedah Islam.
Tak pernah saya terfikir begitu sempurnanya sistem ekonomi Allah yang menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada semua. Namun aku juga berasa aneh, mengapa pemimpin2 sedia ada tidak mengikuti kaedah yang diketengahkan ini. Moga Allah membuka hati mereka dan memberi mereka petunjuk... Amin...
Bukan sahaja setakat isu minyak, tapi segala permasalahan dalam diri, keluarga dan masyarakat dapat diselesaikan. Hanya dengan cara tertegaknya Khilafah dan penerapan Syariat dalam setiap aspek kehidupan.
Pembentangan oleh penceramah pertama dan penceramah kedua iaitu Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim bin Othman cukup mudah difahami dan ia sangat praktikal untuk dilaksanakan. Dan ianya pasti memberi kesenangan kepada segenap lapisan masyarakat.
Rasa sungguh terharu bila Al-Liwa' dan Ar-Royah berkibaran di setiap penjuru kawasan seminar. Mudah2 han suatu hari nanti ia kan berkibar di setiap rumah, kenderaan dan di mana2 sahaja di serata dunia. Saya pun mengambil kesempatan membeli bendera tersebut. Yang kecik, yang besar, semua saya beli... Sempat juga membeli CD nasyid Shoutul Khilafah. Balik tadi dengar di kereta, tegak segala bulu roma, begitu bersemangat. Ada juga sahabat yang baik hati menghadiahkan CD dokumentari Khilafah. Terima kasih wahai sahabat. Moga dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan.
Semasa sesi memperkenalkan barisan kepimpinan Hizbut Tahrir Malaysia, saya sangat terkejut apabila saudara Omar juga salah seorang daripadanya. Pangkat, darjat dan kedudukan bagaikan tiada ertinya bagi kumpulan ini. Begitu juga dengan sebuah kenyataan yang sangat mengharukan dari Ustaz Abdul Hakim, bahawa tidak mengenali beliau tidak apa, asalkan faham dan tahu tentang apa yang hendak disampai dan diperjuangkan dalam Hizbut Tahrir ini.
Berat rasa hati ketika meninggalkan seminar ini. Bagaikan berada di sebuah dimensi baru dalam kehidupan. Ukhwah yang terjalin sangat mengharukan. Ya Allah... rupanya aku tidak sendirian dalam perjuangan ini. Wahai sahabat dan teman... Aku berdoa agar tertegaknya Khilafah dan Syariat dengan segera... Dunia hanyalah pentas lakonan sementara. Sebelum semua ini ditayangkan semula di akhirat kelak... Sebelum dihitung hisab amalam untuk ke syurga atau neraka. Ya Allah pimpinlah kami menemui-Mu ya Allah... Untuk melihat wajah-Mu di sana... Di situlah syurga segala syurga...