"Khilafah : A Global Call"

Blog Entry"SIAPAKAH THE MAN FROM THE EAST"Apr 15, '08 12:12 PM
for everyone
SIAPAKAH THE MAN FROM THE EAST
 
Assalamualaikum,
 
Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh 
Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" 
Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.
 
1.      Akan muncul A New World Religion.
Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara 
nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal 
setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) 
urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu 
Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat 
mengatakan hadis ini sahih)
Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut 
tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. 
Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui 
lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan 
menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini.
Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal 
tahun 2000.
Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman 
kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang 
Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan 
(Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah 
zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang 
menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. 
Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan 
penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu 
sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman 
kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup 
zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)
Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman 
Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat 
masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah 
giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang 
dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.
 
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The 
East.
 
Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari 
Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan 
pemimpin dari Timur itu:
1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina 
Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang 
memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu 
hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari 
sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi."  (Hadis riwayat At 
Tabrani)
2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang 
Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka 
(pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). 
Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan 
berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan 
oleh Al Hafiz Abu Naim)
 
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
 
Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga 
buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan 
membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan 
pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir 
zaman.
Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini 
adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut 
terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari 
negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka 
menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan 
pelbagai cara.
Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam 
buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah 
wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka 
kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" 
itu.
Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini 
iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum 
Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. 
Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, 
terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu 
berasal dan berkembang di Indonesia.
Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap 
kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka 
berdua akan dibangkitkan.
Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan 
mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, 
pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar 
mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat 
kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui 
oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini.
Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para 
sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka 
sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi.
Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi 
Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan 
Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti 
menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di 
sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak 
di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. 
Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, 
sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. 
Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand).
Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak 
musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan 
mati.
Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur 
yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak 
kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut 
kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.
Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah 
menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk 
bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya 
berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. 
Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai 
tapak globalisasi Islami.
Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk 
kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin 
beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap 
remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya.
 
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
 
Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya 
sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh 
Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.
Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika 
sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, 
ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem 
ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil.
Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan 
seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. 
Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan 
sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem 
ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan 
meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia.
Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin 
tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum 
ini dipenuhi oleh kezaliman.
Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, 
tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila 
terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan 
wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah 
Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait 
telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan 
menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu 
kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka 
meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan 
beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka 
tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari 
kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi 
ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, 
maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. 
Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)
Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada 
politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Sabda Nabi SAW,
"Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan 
memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila
kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani 
Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah
Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani)
 
5.      Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
 
Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta 
kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. 
Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. 
Walaupun ketika ini,  amalan sunnah seperti berserban itu telah 
dimomok-momokkan oleh orang.
Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang 
serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi 
pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam 
As Sayuti.
Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di 
dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma 
sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa 
hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika 
itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di 
atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang 
berwarna biru atau hijau.
Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban 
berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat 
kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu 
dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur 
dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang 
dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.
 
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
 
Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh 
dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis 
malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin 
selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah.
Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan 
membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut 
malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai 
masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam 
Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya.
Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman 
para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, 
mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam 
berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu 
dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja.
Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru 
untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang 
dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan 
kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi 
dirinya.
Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh 
meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat 
yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari 
dan malam-malam lainnya.
 
Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang 
beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di 
saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka 
dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah 
dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, 
serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan 
itu.
Sabda Nabi SAW,
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah 
kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah 
datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa 
merangkak di atas salji."
(Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)

 

 

Pemuda Bani Tamim

Bismillahir Rahmanir Raheem

Bacalah ini dengan iman yang sebenar!

Diambil dari http://maszleemalik.blogspot.com/search?q=Pemuda+Bani+Tamim+

(Artikel ini pernah disiarkan di dalam beberapa media bercetak dan eletronik yang lain. Ianya disiarkan lagi di web ini sebagai ulangan bagi mereka yang tidak berkesempatan membacanya)

Pemuda Bani Tamim Dari Rembau

Cerita mengenai Pemuda Bani Tamim di Malaysia dipopularkan oleh para pengikut jamaah al-Arqam. Mereka beriktiqad bahawa Syeikh Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiyah adalah Imam al-Mahdi. Mereka juga meyakin bahawa al-Mahdi tersebut akan dibantu oleh seorang pemuda dari Bani Tamim. Pemuda Bani Tamim adalah satu individu yang merujuk kepada riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa Imam al-Mahdi akan dibantu oleh seorng pemuda berketurunan Tamim yang bernama Syuib bin Salih. Walau bagaimanapun riwayat-riwayat tersebut bukanlah riwayat yang masyhur di kalangan para ulama muktabar ketika membicarakan persoalan al-Mahdi.

Menurut Ashaari Muhammad, pengasas jamaah Darul Arqam ataupun al-Arqam, pemuda tersebut adalah dirinya sendiri. Para pengikut beliau pula meyakini juga bahawa Abuya mereka, Ashaari bin Muhammad adalah pemuda tersebut. Menurut mereka juga, Ashaari selaku pembantu Bani Tamim akan dibantu oleh Asoib, iaitu pengikut-pengikutnya dari kalangan ahli jamaah al-Arqam. Hal berkaitan pemuda Bani Tamim ini telah banyak mereka bincangkan semenjak tahun 1992 lagi. (Lihat: Ann Wan Seng, Rahsia al-Arqam, KL: PTS Publication, hal. 84-86)

Antara buku-buku yang bercerita mengenainya ialah buku “Timur dan Khurasan dalam jadual Allah” tulisan Pahrol Mohamad Juoi, buku “Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi” tulisan Abu Muhammad Atta, buku “Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim” tulisan Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, dan buku “Dakwah Islam dalam Perspektif Ashaari Muhammad” oleh Dr. A. Tasman Ya’cub.

Selepas jamaah al-Arqam diharamkan pada tahun 1994, ramai yang menyangkakan doktrin ini akan terus hilang. Malangnya, walaupun ianya diharamkan di Malaysia, namun di luar negara, para pengikut al-Arqam terus aktif bergerak dan menjalankan aktiviti mereka. Di dalam negara pula, mereka telah bermetamorfosis menjadi Rufaqa. Dengan lebih 500 cawangan di seluruh negara sehingga tahun 2005, Rufaqa meneruskan semula perjuangan al-Arqam. (Lihat: Ashaari Muhammad, Nasihat buatmu bekas kawan-kawan lamaku, hal. 68).

Buku-buku yang dihasilkan selepas pengharaman al-Arqam dengan jelas menunjukkan perkara tersebut. Segala riwayat-riwayat yang berkaitan dengan “Pemuda Bani Tamim” telah cuba diserasikan oleh para pengikut al-Arqam dan kemudiannya Rufaqa dengan Ashaari. Ashaari mengganggap ianya sebagai ijtihad beliau, dan inilah hujah yang diguna pakai oleh para pengikut mereka. Perbincangan lanjut mengenai isu ini telah dikupas dengan baik oleh Dr Abdul Rahman Abdullah di dalam bukunya, “Gerakan Tradisional Islam Di Malaysia: Sejarah Pemikiran Jamaat Tabligh Dan Darul Arqam”, terbitan Karisma Publication, dari halaman 117 sehingga 121.

Kesimpulannya, bagi para pengikut al-Arqam dan juga Rufaqa meyakini bahawa Pemuda Bani Tamim yang akan muncul membantu Imam al-Mahdi adalah Ashaari Muhammad yang dilahirkan di Rembau Negeri Sembilan pada tahun 1938. Mereka juga percaya bahawa, Ashaarilah yang akan membantu Imam al-Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi untuk menguasai dunia. Mereka juga percaya, bahawa mereka adalah tentera-tentera al-Mahdi.

Pemuda Bani Tamim dari Tehran

Sepertimana lain-lain kumpulan berteraskan aqidah “Masionic” (menantikan penyelamat atau Messiah), Syiah juga tidak ketinggalan mempunyai iktiqad berkaitan pemuda Bani Tamim. Antara teras aqidah Syiah Imamiyah ialah kedatangan Imam al-Mahdi. Imam ke-12 (Muhammad bin Hassan al-Askari) menurut aqidah Syiah itu akan muncul menjelang akhir zaman untuk mendaulatkan Islam selepas beliau menghilangkan diri berkurun-kurun lamanya. Imam al-Mahdi juga menurut kepercayaan Syiah akan membawa kebahagiaan kepada manusia sedunia (al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, hal. 165).

Menurut aqidah Syiah, Imam al-Mahdi yang akan muncul itu akan dibantu oleh Syuib bin Saleh, atau juga yang dikenali sebagai pemuda Bani Tamim. Di dalam buku al-Syiah wa al-Raj’ah, kaum Syiah ada meriwayat kata-kata Ammar bin Yasir yang mengatakan : “Syuib bin Salih akan bersama panji al-Mahdi”. (di dalam “al-Syiah wa al-Raj’ah, j. 1, hal. 211″, rujuk: www.wahamb.spaces.lives.com).

Di dalam riwayat yang lain pula, ada disebutkan: “Yang akan mengetuai tentera al-Mahdi adalah pemuda dari (Bani) Tamim, (beliau) berjanggut jarang dan dipanggil sebagai Syuib bin Salih”. (Lihat Ibn Hammad, al-Fitan)

Menurut riwayat-riwayat yang menceritakan sifat-sifat Syuib bin Salih, ialah: Beliau adalah seorang pemuda yang berkulit sawo matang, berbadan kurus, janggutnya jarang, pemimpin tentera, seorang yang tegas, seorang tentera yang berpengalaman, dan juga beliau berasal dari al-Ray (Iran).

Ciri-ciri tersebut menurut sesetengah golongan Syiah, terdapat pada Ahmadi Nejad ataupun “Ahmadi Nazod”, presiden Iran sekarang. Berdasarkan fakta ini, seorang ulama Syiah, Syeikh Misbah al-Yazdi, yang juga merupakan penasihat spritual kepada Ahmadi Nejad telah menegaskan bahawa Ahmadi Nejad merupakan Syuib bin Salih atau pemuda Bani Tamim tersebut. Beliau telah mengatakan perkara tersebut di dalam akhbar berbahasa Arab, al-Syarq al-Awsat bertarikh 13 November 2005.

Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan jolokan yang diberikan rakyat Iran kepada Ahmadi Nejad. Beliau digelar sebagai “Mard Dimyar” atau “Mard Soleh” yang bermaksud “Pemuda yang salih”. Beliau yang disayangi rakyat juga digelar sebagai “Notijat Sya’bi Salih” yang bermaksud “Syuib bin Salih”. Hal ini telah disentuh oleh seorang penulis Syiah dari Lubnan Syadi al-Faqeh di dalam bukunya, “Ahmadi Nejad Wa al-Thawrah al-Alamiyyah al-Muqbilah” (hal. 75-76).

Sepertimana gurunya, Ahmadi Nejad juga meyakini bahawa umat Islam sedunia sekarang berada di ambang kemunculan Imam al-Mahdi yang mereka nanti-nantikan. Pelbagai ramalan dan tilikan telah dilakukan oleh para ulama Syiah sekarang demi memadankan riwayat-riwayat dari imam-imam mereka tentang al-Mahdi dan peristiwa di zaman kemunculannya agar serasi dengan zaman sekarang. Sepertimana al-Aqam, Syiah yang lebih luas pengaruhnya di serata dunia juga turut mengakui bahawa merekalah tentera al-Mahdi. Peperangan Hizbullah-”Israel”, nuklear Iran dan juga ancaman dari AS dianggap sebagai mukadimah kepada kemunculan al-Mahdi. Kesimpulannya, Syiah juga turut mencalonkan Ahmadi Nejad untuk mengisikan kekosongan jawatan Syuib bin Salih, pemuda Bani Tamim.

Siapakah sebenarnya Pemuda Bani Tamim?

Persoalannya kini, siapakah sebenarnya pemuda Bani Tamim? Adakah beliau seorang Melayu yang dilahirkan di Negeri Sembilan? Ataupun dia seorang pemimpin negara yang berasal dari Ardibil, Iran?

Seperkara yang menarik mengenai kedua-dua calon Pemuda Bani Tamim tersebut ialah kedua-duanya bukanlah orang Arab dan bukanlah berasal dari Bani Tamim. Apa yang menarik juga ialah, kedua-dua calon berkenaan mempunyai Imam Mahdi yang berbeza. Seorang menantikan Imam Mahdi yang berasal dari Indonesia, manakala seorang lagi menantikan Imam Mahdi yang akan muncul dari Sirdabnya di Iraq. Lebih malang lagi nasib buat jawatan Imam al-Mahdi, bukan hanya dua orang calon dari Indonesia dan Iraq itu sahaja yang ada, malah ribuan calon al-Mahdi lain, sejak dari dulu, kini dan masa akan datang bersedia untuk mengisikan kekosongan jawatan tersebut. Setiap tarekat Sufi mempunyai calon masing-masing, setiap firaq (kumpulan) Syiah mempunyai calon mereka yang tersendiri, dan setiap kumpulan ajaran-ajaran sesat yang lain juga mempunyai calon mereka yang tersendiri. Ini bermaksud, jawatan Pmuda Bani Tamim juga bukanlah hanya milik kedua-dua calon dari Malaysia dan Iran. Ribuan lagi para penanti al-Mahdi yang bersedia untuk dinobatkan sebagai “Pemuda Bani Tamim”.

Tidakkah kita belajar dari pengalaman-pengalaman yang lepas. Bukankah ajaran-ajaran sesat dan agama-agama baru banyak yang muncul akibat Mahdi-Mahdi yang pernah muncul. Di kalangan Syiah sendiri pun, ajaran Bahaiyyah, Nusayriyah dan lain-lain lagi merupakan produk kemunculan Mahdi di zaman-zaman lampau dari kelompok mereka. Begitu juga halnya dengan ajaran-ajaran sesat lain yang turut timbul dari kumpulan-kumpulan sufi yang telah disesatkan oleh Mahdi-Mahdi mereka.

Persoalannya, apakah riwayat mengenai al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim benar-benar kuat dan qat’iyy? Kita serahkan kepada pakar-pakar hadith untuk meneruskan perbincangan seterusnya.

 

KOMEN DAN PENDAPAT :

Mungkinkah Pemuda Bani Tamin dan The Man From The East telah muncul?

PANJI HITAM DARI TIMUR

Black Flag From The East

(24 Ogos 2007 : 11 Syaaban 1428)

 

Semua sudah ketentuan Ilahi,

Sebuah tamadun bangkit kembali,

Mengibar gagah sebuah panji,

Berjuang tekad menagih janji,

 

Telah dilafaz oleh Baginda,

Dalam hadis berabad lamanya,

Bagai kepingan besi waja,

Datangnya langsung tidak diduga,

 

Setiap detik seratus tahun,

Pasti datang seorang pembangun,

Meletak Islam di tempat teragung,

Silaturrahim hati terdorong,

 

Panji Hitam Dari Timurr,

Berkibar setelah Islam hancur,

Setelah iman mula gugur,

Taqwa tersemai hancur lebur,

 

Panji Hitam Dari Timur,

Dirintis oleh seorang pemuda,

Yang tetap sedia dan taat setia,

Pada Raden, Sultan dan bangsa,

Pada tanah air tercinta,

 

Panji Hitam Dari Timur,

Akan berkibar ke serata dunia,

Menghapus sistem ciptaan manusia,

Diganti dengan sistem Yang Esa,

Rahmat melimpah tidak terduga,

 

Panji Hitam Dari Timur,

Akan diserah kepada Al-Mahdi,

Penguasa timur dan barat sejati,

Pemimpin yang telah lama dinanti,

Nabi Isa kan muncul kembali,

Janji Tuhan pasti terjadi...

Janji Tuhan pasti terjadi...
Janji Tuhan pasti terjadi...

 

By : iswan (Klang)

 

 

PEMUDA BANI TAMIN

 

 

Dunia sedang berhadapan dengan alaf baru,

Tahun 2000 yang ditunggu-tunggu,

Setiap bangsa menunggu alaf itu,

 

Terutama Islan, Kristien, Yahudi, Buddha dan Hindu,

 

Zaman itu dikatakan zaman cemerlang, gemilang hidup senang dan harmoni,

Setiap bangsa atau agama menganggap masa itu bangsanyalah yang memimpin dunia,

 

Seorang tokoh dikalangan mereka punya kuasa membela mereka,

Ada juga orang yang berkata alaf itu pemimpin yang baik akan berkuasa,

 

Mereka tidak menetapkan orangnya,

Baik sesiapa atau dari mereka,

 

 

Tidak kurang juga dikalangan bukan Islam meramalkan ini giliran Islam,

Seorang tokoh bukan ahli politik tapi ahli agama meneraju dunia,

Mereka tidak prejudis bahkan sama2 menunggu dengan gembira,

 

 

Sebahagian kecil umat Islam memang percaya,

Seorang ulama akan berkuasa,

Membawa kasih sayang, keamanan, kemakmuran dan keharmonian,

Tapi malangnya ramai dikalangan umat Islam alaf yang aan datang mereka tidak mempedulikannya,

 

 

Mereka sibuk berjuang melalui politik,

Memacak bendera memeriahkan suasana,

Mereka yakin ditangan merekalah,

Akan berlaku perubahan itu,

Padahal kepada umat Islam ada panduan,

 

 

Nabi melalui sabdanya ada membawa berita,

Bahawa di awal kurun hijri yang ini,

Islam bangkit dari sebelah timur,

Yang dirintis oleh seorang mujadid,

Pemuda Bani Tamin gelarannya,

 

 

Selepas ini akan disambung oleh Imamul Mahadi buat menyempurnakan,

Sepatutnya diwaktu ini umat Islam telah mencari pemuda itu dan jamaahnya,

 

Ini bukan jamaah politik,

Tapi jamaah membawa pembaharuan yang sesuai dizamannya.

 

 

By : Qatrunnada

 

 

THE MAN FROM THE EAST

 

 

The Man From The East,

Tercetus dari ramalan manusia,

Bangkitnya seorang yang akan berkuasa,

Mengegar setiap penjuru dunia,

Mengejut dunia yang sedang lena,

 

 

The Man From The East,

Munculnya dari sebelah Timur,

Pertembungan 3 lautan nan makmur,

Nama kan gah pastinya tersohor,

Mengubah dunia yang kelam dan kabur,

 

 

The Man From The East,

Serban biru imej dibawa,

Sunnah dari Nabi tercinta,

Membawa sistem ekonomi Yang Esa,

Mengubah seluruh sistem manusia,

 

 

The Man From The East,

Kemunculannya terus dinanti,

Oleh dunia sehari hari,

Bagi seorang pejuang sejati,

Inilah saat yang dinanti,

 

 

The Man From The East,

Mungkinkah beliau dari Malaysia,

Pemimpin agung yang dinanti dunia,

Mengegar seluruh alam semesta,

Moga dari golongan agama,

 

 

The Man From The East,

Dunia menanti kemunculanmu,

Bagi merubah yang bercelaru,

Di dunia kejam yang penuh seteru,

Kahabarkanlah kemunculanmu,

Agar dapat kami berjuang bersamamu.

 

 

By : iswan (Klang) 

 


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help